Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Terima rasuah bulanan, 2 anggota polis ditahan

8 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat menahan dua anggota polis selepas disyaki menerima sebahagian daripada wang rasuah berjumlah RM700 secara bulanan sejak November tahun lalu hingga Januari lalu.

Menurut sumber, kedua-dua koperal dan lans koperal yang bertugas di daerah Muar itu dipercayai menerima rasuah bulanan sehingga Januari lalu.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek lelaki berusia 28 tahun dan 50 tahun itu menerima wang terbabit sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan ke atas majikan pengadu yang mengambil pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di tapak pembinaan sekitar pekan Pagoh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan,” katanya dipetik media.

Terdahulu, seorang lans koperal ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Sabtu ini kerana disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM700 secara bulanan daripada seorang staf kontraktor sejak November 2017 sehingga Januari lalu.

Ia sebagai dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan mengambil pekerja buruh asing tanpa permit kerja bagi kerja pembinaan di sekitar pekan Pagoh.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 February 2018 8:04 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: