Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Terowong: Datuk terima rasuah RM3j direman 4 hari

3 MAC: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM3 juta dipercayai bagi menutup siasatan kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 64 tahun itu yang bermula hari ini, dikeluarkan oleh Majistret Eng Kar Wen selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada jam 9.10 pagi dengan berbaju lokap SPRM dan bergari.

Suspek ditahan SPRM di sekitar ibu negara, jam 3.30 petang semalam.

Difahamkan, suspek didakwa menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek berkenaan selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

Syarikat itu dipercayai membayar wang RM3 juta kepada suspek menerusi empat transaksi pada tahun lalu.

Pada pada asalnya, suspek meminta RM4 juta sebagai habuan bagi menutup kes yang dalam siasatan SPRM, namun dikurangkan kepada RM3 juta selepas rundingan.

Suspek adalah individu kedua yang direman bagi membantu siasatan SPRM kerana dipercayai menerima wang bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut itu.

Rabu lalu, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri direman enam hari hingga esok bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek itu.

Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 March 2018 2:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: