Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Terpulang Istana Pahang tentukan pelantikan MB

10 MAC: Pelantikan jawatan Menteri Besar akan dilakukan selepas mendapat perkenan istana Pahang dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu berkata, jawatan Menteri Besar akan ditentukan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Terpulang kepada pihak istana untuk memilih calon yang difikirkan sesuai untuk menjadi Menteri Besar. Begitu juga dengan pelantikan Exco yang akan ditentukan kemudian selepas pihak istana terlebih dahulu memilih Menteri Besar,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Sementara itu, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berterima kasih kepada pengundi yang sekali lagi memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negeri ini.

“Terima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah memilih BN negeri Pahang sehingga membolehkan kita mendapat majoriti mudah iaitu sebanyak 25 kerusi,” katanya.

Difahamkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri telah menyembah maklum kepada pihak istana Pahang tentang keputusan PRU-14 di negeri ini hari ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang juga dikatakan telah menemui pihak istana Pahang berhubung pelantikan Menteri Besar dan majlis mengangkat sumpah.

Dalam pada itu BN Pahang berjaya mempertahankan Sembilan kerusi Parlimen pada PRU semalam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 May 2018 5:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: