Kategori Berita Utama

Terserah jabatan agama negeri tahan Mat Sabu

14 DIS : Menteri di Jabatan Perdanan Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk menahan Mohamad Sabu selepas pendedahan bukti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Itu (soal penahanan) kita serah kepada (Jabatan Agama Islam) negeri,” katanya dalam sidang medianya, Sabtu menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan 10 bukti yang mendakwa Timbalan Presiden PAS terbabit fahaman Syiah.

Mohamad atau Mat Sabu bagaimanapun menafikannya dan bercadang mengambil tindakan terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi.

jamilkhirbaharom

JAMIL KHIR

Ditanya tindakan pihaknya selepas KDN mendedahkan bukti tersebut, Jamil berkata beliau akan berbincang lanjut dengan kementerian itu.

“Itu kita bincang dengan KDN nanti… Ketua pengarah Jakim keluar sudah keluar kenyataan semalam,” kata Jamil Khir ringkas selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di ibu negara.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha pada Jumaat menegaskan ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Mengenai cadangan penubuhan polis syariah untuk membanteras ajaran sesat dan fahaman Syiah, Jamil berkata pihaknya akan berbincang lebih lanjut dengan Menteri Dalam Negeri.

Beliau mengalu-alukan cadangan Zahid itu.

“Kita mengalu-alukan supaya hal-hal syariah ini, akan ada satu kelompok yang lebih memberi tumpuan kepada tindakan-tindakannya.

“Kita akan melihat penubuhannya secepat mungkin untuk membantu Majlis Agama Islam untuk menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.

Menurut lagi, polis syariah ini akan diletakkan bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam negeri berdasarkan peruntukan Jadual 9 perlembagaan negara.

“Kita hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat. Ini kita tidak boleh kacau hak dan milik kuasa bawah kerajaan negeri,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 December 2013 4:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: