Kategori Berita Utama

TH bakal mempunyai kompleks sendiri di Mekah dan Madinah

9 JUN: Tabung Haji ketika ini dalam proses penilaian memilih tanah yang sesuai untuk dibina dua kompleks Tabung Haji di Tanah Suci.

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kerajaan Arab Saudi telah memberi beberapa bidang tanah untuk diteliti dan dinilai sama ada bersesuai atau tidak.

“Kerajaan Arab Saudi dah bagi kami ruang, peluang untuk kami pergi tengok beberapa bidang tanah.

“Insya Allah bila kami dah buat keputusan dan bermesyuarat kami akan umumkan sekiranya dah diluluskan.

“Buat masa ini apa yang diminta, dipohon kepada Raja Salman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak alhamdulillah ada petanda-petandanya untuk kita dapat tapi sekarang kita tengah meneliti beberapa cadangan yang diberikan dan belum muktamad lagi,” katanya kepada BNBBC.my selepas Program Ziarah Kasih Tabung Haji kepada penduduk di Hulu Langat pada Jumaat.

Pada majlis ini yang turut dihadiri ADUN Semenyih Datuk Johan Abd. Aziz menyaksikan lebih 700 orang menerima sumbangan RM200 dalam meringankan beban menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Azezz, selepas semua proses penilaian dimuktamadkan Perdana Menteri sendiri akan mengumumkannya kepada umum.

Katanya ini adalah inisiatif Perdana Menteri yang ingin melihat Tabung Haji mempunyai kompleks sendiri di Mekah dan Madinah.

“Ini adalah inisiatif Perdana Menteri yang mahukan ada kompleks haji di Mekah dan Madinah. Itu niat beliau supaya boleh meletakkan semua rakyat Malaysia dalam satu kompleks dimana mudah tak payah ada lahi maktab 1, 2, 3, 4, 5 sampai 70 ni.

“Insya Allah itulah yang sedang diusahakan diatas keakraban Najib yang begitu rapat dengan Raja Salman.

“Insya Allah kita sebagai rakyat terus berdoa semoga apa yang dipohon akhirnya kita dapat bina dua kompleks ini,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 June 2017 12:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: