Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TH beri amaran jangan terpedaya dengan pakej Haji

28 MAC: Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan cuma 20 syarikat pelancongan tempatan dalam negara yang dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji kepada orang ramai.

TH dalam satu kenyataan media berkata, bakal haji yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji dinasihat menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan PJH yang dilesenkan sahaja.

“Lembaga TH ingin menasihati orang ramai untuk berwaspada dan tidak terpengaruh dengan mana-mana maklumat dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji seperti isu yang menular baru-baru ini menerusi media sosial.

“Bagi musim haji 1438H/2017, TH telah meluluskan 20 PJH untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji. TH tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi perantara/orang tengah/agen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji,” tegas kenyataan itu hari ini.

Menurut TH, mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh lesen PJH daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Senarai PJH yang menerima lesen daripada TH boleh didapati dari mana-mana Pejabat Cawangan TH atau dengan melayari laman sesawang (www.tabunghaji.com) atau seperti berikut:

  1.      TH Travels & Services Sdn. Bhd.
    2. Alif Travel & Tours Sdn. Bhd,.
    3. Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
    4. Ash-Har Travel & Tours Sdn. Bhd.
    5. Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd.
    6. C. S. Holidays Sdn. Bhd.
    7. Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.
    8. Felda Travel Sdn. Bhd.
    9. Gemilang Travel and Tours Sdn. Bhd.
    10. Misbah Travel & Tours Sdn. Bhd.,
    11. Masamas Travel & Tours Sdn. Bhd.
    12. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.
    13. Platinum Gesture Travel & Tours Sdn. Bhd.
    14. Rayhar Travels Sdn. Bhd.
    15. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn. Bhd.
    16. TM Tours & Travel Sdn. Bhd.
    17. Touch Me Travel & Tours Sdn. Bhd.
    18. Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn. Bhd.
    19. Wira Saujana Travels & Tours Sdn. Bhd.
    20. Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd.

Share This:




Berita Bertarikh pada 28 March 2017 3:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]