Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

TH sumbang katil hospital pada rumah kebajikan

11 JULAI: Berikutan rasa prihatin terhadap nasib warga emas di Rumah Ehsan Warga Emas (REWS), Kuala Kubu Bharu, Tabung Haji (TH) menyalurkan sumbangan berbentuk dua buah katil hospital elektrik bernilai RM8,904.

Selain itu, hamper berupa makanan kesihatan turut diberikan kepada 116 orang penghuni yang terdiri daripada individu yang menghidap penyakit nyanyuk dan lumpuh.

Kunjungan ke rumah kebajikan pada hari ini diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Lembaga Pengarah, Datuk Rosni Sohar dan Datuk Badlisyah Abdul Ghani serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Samri Sanuddin.

Menurut Azeez, segala sumbangan TH merupakan tanggungjawab sosial korporat mereka bagi meringankan bebanan kewangan golongan asnaf yang menghidapi masalah kesihatan kritikal, terutama yang menetap di pusat kebajikan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 July 2017 8:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: