Kategori Berita Antarabangsa

Thailand agih pistol baharu kepada pegawai polis

30 DIS: Kerajaan Thailand mengedarkan 55,150 pistol yang baharu dibeli bagi menangani masalah kekurangan senjata api di kalangan pegawai polisnya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Jen Prawit Wongsuwa, ia bertujuan memperlengkapkan polis bagi memerangi jenayahdi negara itu.

“Dengan  55,150 pistol baharu, saya yakin prestasi polis membanteras jenayah dan melindungi kehidupan dan harta benda orang ramai dapat dipertingkatkan,” katanya seperti dilapor media Thailand.

Prawit yang juga Menteri Pertahanan, mempengerusikan satu majlis penyerahan pistol separa automatik Sig Sauer P320 SP kepada 22 agensi di bawah Polis Diraja Thai (RTP) untuk diagihkan kepada setiap balai polis.

Menurut beliau, polis sudah lama menghadapi kekurangan pistol, dengan senjata yang dimiliki pegawai polis sudah usang dan ketinggalan zaman, yang meningkatkan risiko ke atas para pegawai polis ketika berdepan penjenayah bersenjata.

Berikutan kebimbangan ini, beliau berkata kerajaan meluluskan cadangan pasukan itu bagi memperlengkapkan pegawai mereka dengan senjata baharu dan moden, dengan semua balai polis menerima 60 pistol baharu untuk dikongsi di kalangan semua pegawai.

Pistol Sig Sauer itu akan dijual kepada para pegawai di bawah projek “senjata kebajikan” pada harga 23,890 Baht (kira-kira RM3,000). Kos itu jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Pegawai polis Thai tidak disediakan dengan pistol namun sebaliknya mereka perlu membeli senjata api yang dibayar melalui potongan gaji mereka.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2017 1:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: