Kategori Berita Antarabangsa

Thailand musnah dadah bernilai RM2.6 bilion

26 JUN: Pihak berkuasa Thailand memusnahkan 9,300 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai 20.791 bilion Baht (RM2.6 bilion) sempena sambutan Hari Memerangi Penyalahgunaan dan Penyeludupan Dadah peringkat global.

Antara yang dibakar termasuk heroin, ‘Yaba’ (Gila), Methaphetamine Kristal ‘Ice’, Ganja dan Kratom yang menggunakan insinerator di Pusat Pengurusan Utiliti dan Alam Sekitar di kawasan perindustrian Bang Pa-in Ayutthaya pada hari ini.

“Dadah itu dirampas daripada 6,546 serbuan dan penahanan di seluruh Thailand,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Awam Thailand.

Yaba merupakan dadah terbesar yang dimusnahkan dengan jumlah 87 juta pil atau 7,886 kilogram bernilai 17.5 bilion Baht (RM2.19 bilion).

Selain itu, candu, kokain, 1,185 kilogram Ice, 169 kilogram Heroin,  6,853 kilogram Ganja dan Kratom bernilai 54 juta Baht (RM6.75 juta) turut dimusnah.

Kebanyakan dadah itu didakwa dihasilkan di kilang rahsia di kawasan Segi Tiga Emas di sempadan utara Thailand, Myanmar dan Laos.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 June 2017 10:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: