Kategori Berita Antarabangsa

Thailand tahan tujuh bas ekspres Malaysia di Songkla

10 NOV: Tujuh buah bas ekspres milik syarikat Malaysia ditahan kerana tidak mempunyai permit masuk ke Thailand dalam operasi besar-besaran yang dilancarkan oleh pihak berkuasa di wilayah Songkla, selatan Thailand, semalam.

Pemangku Naib Ketua Polis Pelancong Thailand, Mej. Jen. Surachet Hakpan berkata, penahanan bas ekspres tersebut adalah sebahagian daripada operasi pencegahan jenayah di wilayah yang terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong Malaysia dan Singapura.

Operasi bersepadu pelbagai agensi itu turut memeriksa pusat-pusat hiburan, hotel, premis tukaran wang asing, terminal bas dan syarikat pelancongan di wilayah terbabit, katanya kepada media hari ini.

Selain itu, katanya, mereka turut menahan 30 rakyat Malaysia yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja serta 22 warga tempatan dan merampas pebagai jenis senjata api, dadah dan ubat batuk.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 November 2017 11:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: