Kategori Berita Utama

The Herald dilarang guna kalimah Allah – Mahkamah Rayuan

Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh majalah mingguan Katolik The Herald – itu keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin.

RESAH...antara ratusan orang ramai yang berhimpun di luar Istana Kehakiman di Putarajaya bagi mengetahui keputusan Mahkamah Rayuan

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan perkara itu selepas prosiding membenarkan rayuan yang dibuat oleh kerajaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi empat tahun lalu.

Mohamed Apandi berpendapat, kalimah suci itu jika dibenarkan penggunaanya oleh The Herald akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

Dua lagi hakim dalam panel Mahkamah Rayuan pagi tadi ialah Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Mahkmah juga memutuskan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Sehubungan itu, panel Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa tiada alasan bagi The Herald berkeras untuk menggunakannya dalam penerbitan mingguan majalah itu.

Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 membenarkan The Herald menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada “Tuhan” dan mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang The Herald menggunakan kalimah itu salah di sini undang-undang, tidak sah dan batal.

Ahli Perkasa Kota Setar yang turut hadir di perkarangan Istana Kehakiman lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin

Ahli Perkasa Kota Setar yang turut hadir di perkarangan Istana Kehakiman lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin

Namun dapatan Mahkamah Rayuan hari ini ialah KDN tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang The Herald menggunakan kalimah Allah.

“Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh Menteri (Dalam Negeri) dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” kata Mohamed Apandi.

Tambah beliau lagi, Mahkamah Rayuan juga membuat penghakiman bahawa keadaan yang ditetapkan oleh KDN dalam permit penerbitan The Herald yang melarang majalah itu daripada menggunakan kalimah “Allah” tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.

“Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama “Allah” bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian,” kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu.

The Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa mencetuskan kontroversi dan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam negara ini pabila menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi bahasa Malaysianya, yang disasarkan khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.-14/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 October 2013 3:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: