Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

The Loaf: Mahathir tukar cerita lagi salahkan ekonomi

17 APRIL: Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad masih tidak mengaku salah, malah menunding jari kepada pihak lain atas kerugian yang berlaku terhadap kedai roti miliknya, The Loaf.

Beliau pada sidang media itu mendakwa ekonomi negara yang merudum itu telah menyebabkan kedai rotinya tutup, malah juga beberapa kedai besar yang lain mengalami nasib yang sama dengannya.

“Kalau ekonomi baik the Loaf mampu hidup tapi bila kita ambil dia jadi PM, masalah ekonomi bukan sahaja loaf, malah kedai besar pun tutup,” katanya ringkas.

The Loaf merupakan kedai roti yang diilhamkan  Tun Mahathir di mana beliau memiliki 51 peratus saham dalam The Loaf.

The Loaf diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn Bhd dan ia merupakan usahasama Dr Mahathir dengan Motoko Resources Sdn Bhd.

Cawangan pertama The Loaf ialah di Telaga Harbour, Langkawi yang dibuka pada tahun 2006 dengan kos RM3 juta.

Pada 2007, The Loaf dibuka pula di Pavilion dan diikuti dengan cawangan lain di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Sogo, Mitsui Outlet Park dan The Mines.

Setelah beroperasi selama 12 tahun di Malaysia, kedai bakeri terkenal The Loaf dilaporkan telah menutup kesemua cawangan mereka 11 April lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 5:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: