Kategori Ekonomi

THP lulus pemberian dividen RM53 juta

8 MEI: TH Plantations Bhd (THP) meluluskan pemberian dividen 6.00 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, membabitkan pembayaran keseluruhan RM53 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif THP, Datuk Seri Zainal Azwar Zainal Aminuddin, berkata peruntukan dividen itu hasil prestasi memberangsangkan syarikat sepanjang tahun lalu.

Pendapatan kumpulan tahun lalu, katanya, merekodkan peningkatan 23 peratus kepada RM562.3 juta berbanding RM455.3 juta yang dicatatkan bagi tahun kewangan 2015.

“Kumpulan juga merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) RM129.9 juta tahun lalu, peningkatan 137 peratus daripada tahun sebelumnya,” kata pada sidang media ketika mengumumkan prestasi kumpulan hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan THP, Mohamed Azman Shah Ishak.

Selain itu, Zainal Azwar berkata, keputusan THP melupuskan semua kepentingan dalam THP Gemas Sdn Bhd pada Disember tahun lalu turut membantu meningkatkan keuntungan syarikat.

Katanya, kumpulan mengunjurkan harga minyak sawit mentah (MSM) berada dalam sekitar kadar purata RM2,500 hingga RM2,700 setiap tan, tahun ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 May 2017 4:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: