Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada alasan lagi untuk tidak turun harga

12 FEB : Golongan peniaga kini tiada lagi alasan untuk tidak mengurangkan harga barangan susulan penurunan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Mac ini.

“…harga minyak turun sebanyak tiga kali dan terkini tarif elektrik pula, jadi tidak ada alasan untuk peniaga tidak turunkan harga barang.

pasar borong 2“Pengguna mesti desak peniaga turunkan harga. Bila saya kata guna kuasa pengguna, bukanlah boikot semata-mata tapi buat pilihan alternatif,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas melawat Projek Perintis Cili Fertigasi kelolaan Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) di Taman Maluri, Kuala Lumpur, Khamis.

Turut hadir pengasas Yayasan NAAM yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Semalam, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengumumkan penurunan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj) dan 1.20 sen per kWj bagi Labuan dan Sabah mulai 1 Mac hingga 30 Jun tahun ini.

ismailsabridsIa bakal memberi manfaat kepada 32% pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300 kWj sebulan, komersial serta industri.

Dalam pada itu, Ismail berkata, penanaman cili perlu diperluas untuk mengurangkan import tanaman itu dari luar negara.

“Keperluan cili dalam negara adalah kira-kira 295,000 tan metrik namun pengeluaran dalam negara untuk tanaman ini hanya 40,000 tan metrik dan kita masih bergantung kepada import tanaman ini,” katanya.

Sehubungan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani katanya, akan mempergiat kerjasama dengan Yayasan NAAM untuk mencari lebih ramai peserta selain membantu usahawan tani muda terlibat dengan penanaman cili.

Menurutnya, projek perintis tanaman cili fertigasi oleh Yayasan NAAM itu bertindak sebagai model kepada aktiviti jihad memerangi orang tengah kerana hasil cili inisiatif itu akan dijual terus kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan untuk disalurkan ke pasar tani.

Saravanan pula menambah bahawa projek perintis itu diusahakan di tanah seluas 43.6 hektar tanah dengan membabitkan 109 peserta belia di seluruh negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 4:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: