Kategori Berita Antarabangsa

Tiada bukti pengebom New York terbabit militan

13 DIS: Pihak berkuasa Dhaka tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan suspek serangan stesen komuter bawah tanah New York terbabit dengan kumpulan militan.

Menurut Ketua Unit Anti-Keganasan Polis Bangladesh, Monirul Islam, pihaknya tidak dapat mengenal pasti mana-mana sekutunya yang terbabit dalam kejadian itu.

“Kami sudah mengumpulkan bukti dan maklumat daripada ahli keluarga suspek iaitu isteri, bapa mertua dan ibu mertua.

“Selain itu, kami tidak menjumpai apa-apa kaitan ataupun mengenal pasti mana-mana sekutu suspek yang terbabit dengan mana-mana kumpulan pengganas,” lapor Reuters.

Warga Bangladesh, Akayed Ullah (foto(, 27 tahun, didakwa meletupkan bom paip yang dilekatkan di badannya di stesen kereta api bawah tanah, Manhattan.

Bagaimanapun, ia tidak meletup sepenuhnya dan Akayed satu-satunya mangsa yang mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 December 2017 6:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: