Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada cadangan hapus subsidi lain

Kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menghapuskan lain-lain bentuk subsidi setakat ini  terutamanya petrol dan diesel kerana langkah drastik itu akan membebankan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata,kadar subsidi bergantung kepada keadaan ekonomi, harga pasaran antarabangsa petrol dan keupayaan kerajaan untuk menyediakan subsidi.

Ahmad Maslan...turut membantu beri penerangan kepada rakan-rakan Ahli Parlimen BN

Ahmad Maslan

Beliau menjawab soalan ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng di Dewan Rakyat, Rabu.

Ahmad berkata kerajaan bersedia untuk meningkatkan bekalan elektrik terutama kepada mereka di kawasan luar bandar yang terpaksa membeli diesel untuk set generator mereka.

Alice bertanya sama ada kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol tahun ini dan tahun depan dan rancangan untuk meringankan beban rakyat berikutan pemotongan subsidi gula.

Menurut Ahmad, subsidi akan diteruskan tetapi akan dirasionalisasikan untuk mensasarkan kumpulan yang paling memerlukan.

“Selain itu, RM442.2 juta yang dijimatkan daripada pemotongan subsidi gula akan disalurkan untuk penjagaan kesihatan dengan 100 peratus daripada jumlah itu akan digunakan untuk menubuhkan 50 klinik 1Malaysia, 30 Klinik Desa dan menggaji 6,800 jururawat,” katanya – 30/10/2013.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 October 2013 2:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: