Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada faedah perbesar isu Mahathir calon PM

13 JAN: Pemimpin UMNO perlu bersikap profesional dan dinasihatkan supaya tidak memperbesarkan isu pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata ia tidak mendatangkan manfaat kepada parti, malah memberi kelebihan dari sudut kelangsungan politik Pengerusi PPBM itu.

“Rata-rata berpendapat pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri tidak sesuai berdasarkan pelbagai faktor termasuk usianya.

“Kalau kita sedar tentang perkara itu, mengapa ia perlu diperbesarkan? Tiada faedah dan hanya beri kelebihan politik pada beliau,” katanya selepas menghadiri sambutan 45 Tahun Rancangan Tanah Belia Khas Seberang Perak, Pasir Salak, hari ini.

Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam pada 7 Januari lalu menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14  (PRU14).

Sementara itu, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak mengingatkan pemimpin UMNO untuk membuat persediaan rapi menghadapi PRU14 jika ingin terus diberi mandat untuk memerintah.

“Kita kena tunjuk kejayaan kita selama ini membela rakyat, bangunkan negara selain jaga kepentingan agama Islam.

“Bukannya tonjol maki hamun, fitnah dan sebagainya yang bercanggah dengan budaya Melayu,” kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani .

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 11:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: