Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada ‘wow’ dalam manifesto pembangkang

9 MAC: Manifesto PH dilabelkan sebagai janji palsu yang cuba ditaburkan pembangkang dalam pilihan raya umum selepas banyak janji kepada rakyat Pulau Pinang dan Selangor dalam PRU13 didakwa belum terlaksana sepenuhnya.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, secara jelas memperlihatkan beberapa perkara khususnya perumahan dan pendidikan yang kononnya cuba untuk membantu rakyat di Selangor, namun ternyata masih gagal.

“Kalau betul mereka mahu laksanakan, buatlah di kedua-dua buah negeri itu dulu. Manifesto menghadkan kuasa Menteri ini bukan baharu, tapi sudah agak lama ia diumumkan. Kenapa tak buat di negeri yang mereka kuasai?

“Begitu juga soal pendidikan percuma. Mengapa universiti dan sekolah agama rakyat di bawah kerajaan Selangor masih mengenakan yuran. Mengapa tidak dihapuskan yuran?

“Bahkan, manifesto penambahbaikan penjawat awam juga boleh dipertikaikan. Apa yang mereka cuba lakukan di sudah dilaksanakan BN selama ini, ” katanya.

Tambah Ismail (foto), dalam isu perumahan, kerajaan Selangor dilihat cuba menyalahkan pihak pemaju dalam kegagalan menyiapkan unit sasaran untuk Rumah Selangorku.

“Manakala kerajaan Pulau Pinang diterajui Lim Guan Eng lebih bernafsu untuk membina rumah baharu yang dijual dengan harga jutaan ringgit.

“Kalau ada pun mereka bina rumah kos rendah di Pulau Pinang, ia sekadar melepaskan batuk ditepi tangga. Janji ada sudah,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, tiada sebarang faktor ‘wow’ dalam manifesto PH dan ia berbeza dengan kerajaan BN yang berjaya menunaikan janji pada PRU13.

“Setakat ini BN terbukti membantu rakyat dan tidak menghidangkan manifesto janji-janji langit dan bintang.

“Manifesto BN akan berlandaskan realiti yang mampu dilaksanakan dan bukan hanya sekadar umpan untuk memenangi pilihan raya saja,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 March 2018 7:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: