Kategori Berita Utama

Tiada kata putus rundingan ambil alih NFC – Najib

Rundingan dengan sebuah firma Jepun untuk mengambil alih projek Pusat Fidlot Nasional serta hutang National Feedlot Corporation (NFC) berakhir tanpa sebarang kata putus.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dalam satu jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Petaling Jaya Utara DAP Tony Pua menjelaskan, pihak terbabit dalam rundingan tersebut tidak dapat mencapai persetujuan.

nfcKatanya, Kirimitonas Agro Sdn  Bhd membuat tawaran untuk mengambil alih aset serta tanggungan National Feedlot Corporation.

Menurut Najib, langkah itu bagi memastikan projek NFC diteruskan dan juga untuk mencapai sasarannya – menjamin bekalan daging lembu yang cukup.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan dan rundingan kini telah berakhir, katanya dalam jawapan di Parlimen.

National Feedlot Corporation diusahakan oleh suami dan anak-anak kepada bekas menteri kabinet dan ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ekoran kemelut itu, Shahrizat melepaskan jawatan dalam Kabinet dan berjaya mengekalkan jawatan sayap parti itu dalam pemilihan baru-baru ini.- 23/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2013 2:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: