Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada kenaikan tol tahun ini

10 JULAI: Tiada sebarang rundingan antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya bagi menaikkan kadar tol, kata Kementerian Kerja Raya.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata keputusan untuk mengekalkan kadar tol bagi 12 konsesi lebuh raya seperti yang diumumkan pada tahun lalu masih tidak berubah.

“Setakat ini, tidak ada perbincangan berkaitan kadar tol, tiada keputusan seperti itu,” katanya di Petaling Jaya, hari ini.

Rosnah berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinnan kenaikan kadar tol susulan terdapat empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol tahun ini.

Empat lebuh raya berkenaan adala Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Terdahulu, Rosnah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 40 anak yatim  pusat kebajikan Baitul Ulfah Centre dalam majlis rumah terbuka anjuran Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 July 2017 5:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: