Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada lagi subsidi perubatan untuk warga asing

24 FEB: Semua warga asing yang menetap di negara ini tidak lagi berpeluang menikmati subsidi ketika mendapatkan rawatan kesihatan di klinik atau hospital kerajaan di seluruh negara.

Kementerian Kesihatan pada Isnin mengumumkan semua warga asing akan dikenakan caj rawatan sebenar dan langkah itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, langkah itu dapat menjimatkan perbelanjaan perubatan negara sehingga RM100 juta setiap tahun.

“Buat masa ini warga asing menikmati subsidi kos perubatan antara 30 hingga 40 peratus daripada kos rawatan sebenar,”kata Dr Subramaniam pada sidang media selepas melancarkan logo baru Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Langkah ini adalah sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan bagi memastikan bantuan kerajaan hanya diterima oleh mereka yang benar-benar disasarkan.

Ketika ini, bantuan kerajaan seperti subsidi bahan api, gula, makanan, minyak masak termasuk perubatan dan sebagainya turut dinikmati oleh golongan kaya dan ada juga warga asing.

Justeru kerajaan telah menubuhkan makmal untuk mengkaji mengenai penstrukturan semula subsidi yang mencetuskan langkah-langkah rasionalisasi yang sedang diambil.-bnbbc.my

Semua warga asing kini perlu bayar penuh kos rawatan dan perubatan

Semua warga asing kini perlu bayar penuh kos rawatan dan perubatan – Gambar hiasan

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 February 2014 4:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: