Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada pengumuman khas seperti disebarkan

21 FEB: Biarpun tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih menjadi teka teki, namun bahangnya kian terasa apabila ada pihak sengaja mengambil kesempatan menyebarkan gambar kononnya Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang media khas pagi ini.

Walau bagaimanapun Jabatan Perdana Menteri menafikan akan ada pengumuman seperti yang disebarkan 11.30 pagi ini.

 

Baik bagi Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH) ataupun PAS kesemua parti dilihat mula melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal.

Malah masing-masing kini dilihat mula melakukan yang sebaik mungkin bagi memenangi hati pengundi agar membolehkan parti yang diwakili akan menang dan mempunyai kuasa memerintah sama ada di peringkat Negeri mahupun Pusat.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan supaya semua pengundi mengemas kini data mereka dan melakukan semakan tempat mengundi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 February 2018 11:34 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: