Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam rempuhan van London

19 JUN: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden sebuah van yang merempuh umat Islam yang baharu keluar dari masjid di Finsbury Park di utara London awal pagi tadi.

Kementerian Luar dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya juga sedang memantau rapi insiden tersebut dan rakyat Malaysia yang menetap di kawasan sekitar dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa.

“Untuk sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi pejabt suruhanjaya itu di alamat 52 Bedford Row, London WC1R 4LR atau hubungi talian +44(0)2072424308 atau emel mwlondon.kln@1govuc.gov.my,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kementerian itu, kerajaan mengutuk serangan kejam itu dengan situasi tersebut amat membimbangkan kerana ianya disasarkan kepada para jemaah yang baharu sahaja selesai menunaikan solat pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden ini, kerajaan juga berharap agar penjenayah akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 10 yang lain cedera selepas sebuah van merempuh jemaah berhampiran sebuah masjid di utara London pada awal pagi hari ini dan polis negara berkenaan menyifatkan kes itu sebagai ‘kejadian besar’.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 June 2017 11:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]