Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada sekatan pengimportan ikan, tiada AP dikeluarkan

13 JUN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan tiada sebarang sekatan berhubung pengimportan ikan dari mana-mana negara, demikian menurut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

LKIM dalam satu kenyataan hari ini juga berkata pihak kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang permit import (AP) ikan.

“Mana-mana individu yang layak dan mematuhi syarat boleh menjadi pengimport,” menurut LKIM.

Bagaimanapun, bagi menjamin keselamatan makanan kepada rakyat, pengimport perlu mematuhi syarat yang terkandung dalam permohonan permit import yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi aktiviti import/eksport yang menggunakan pintu masuk/keluar di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengimport juga perlu mendapatkan Lesen Import dan Lesen Borong/Borong (Premis Persendirian) LKIM terlebih dahulu sebelum mendapatkan permit import MAQIS, menurut kenyataan itu.

Bagi aktiviti import/eksport yang menggunakan pintu masuk/keluar di Sabah dan Sarawak, permohonan perlu dibuat melalui LKIM dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Menurut kenyataan itu, syarat-syarat am yang diperlukan bagi mengimport ikan basah, hidup dan ikan beku/proses adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia serta syarikat pemohon hendaklah berdaftar dalam Malaysia dan mempunyai lesen borong premis persendirian.

Maklumat lanjut mengenai permohonan lesen import ikan boleh dirujuk di www.maqis.gov.my dan https://elesen.lkim.gov.my.

LKIM berkata permohonan daripada ejen pengangkutan atau ejen forwarding untuk mendapatkan lesen import/eksport ikan tidak akan dipertimbangkan. 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 2:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: