Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada tanda Dewan Rakyat habis lebih awal

2 APRIL: Belum ada petunjuk Dewan Rakyat yang dijadualkan berakhir 5 April tamat lebih awal bagi membolehkan pembubaran Parlimen.

Hari ini Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 untuk bacaan kedua hari ini.
RUU itu telah dibentangkan untuk bacaan kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman pada Khamis lalu.

Penggulungan perbahasan dijangka 3.30 petang ini dan akan dibawa perbahasan di peringkat jawatankuasa dengan beberapa pindaan antaranya penjara maksimun dikurangkan dari 10 kepada enam tahun tetapi jumlah denda sehingga RM500,000 dikekalkan.

Selesai RUU tersebut, Dewan Rakyat akan membahaskan RUU Pergigian 2017, sehingga selesai penggulungan, hari ini.

Berdasarkan kertas aturan mesyuarat ada beberapa lagi RUU disenaraikan termasuk RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Ahli Parlimen PAS Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada senarai nombor 10.

Bagaimanapun difahamkan, jika Dewan Rakyat terus bersidang esok, ia akan membahaskan RUU Pembangunan Sukan (Pindaan 2018) dab Rang Undang-Undang Timbang Tara (Pindaan) (No 2) 2018.

Ramai pihak menjangkakan Dewan Rakyat Penggal ke 13 akan bersiang sehingga Khamis ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membubarkan Parlimen pada Jumaat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 April 2018 1:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: