Kategori Berita Utama

Tiada warga Malaysia cedera letupan di selatan Thai – Wisma Putra

23 DIS: Wisma Putra mengesahkan dua mangsa yang cedera dalam beberapa siri letupan bom di Selatan Thailand pada Ahad yang dikatakan warga Malaysia sebenarnya bukan rakyat negara ini.

“Saya sahkan tiada langsung warga Malaysia cedera dalam letupan itu,” kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi pada malam Ahad.

Letupan berhampiran Hotel Oliver di Dannok yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam Kedah pada pagi Ahad.

Letupan berhampiran Hotel Oliver di Dannok yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam Kedah pada pagi Ahad.

Letupan bom hampir serentak kira-kira jam 11.30 pagi Ahad itu berlaku di hadapan balai polis di Padang Besar Utara berhampiran sempadan Perlis, di hadapan balai polis Sadao serta di hadapan dan di belakang Hotel Oliver di Danok.

Insiden itu turut berlaku di hadapan disko Bangkok di Danok dan di hadapan Tesco Lotus di Sadao.

Media sebelum ini melaporkan dua warga Malaysia merupakan antara lebih 20 orang yang cedera dalam satu siri serangan bom di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia.

Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Luar

Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Luar

Menurut kenyataan Wisma Putra, statistik muktamad yang diterima menyatakan seramai 27 orang awam dilaporkan cedera dalam insiden letupan bom itu, namun tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 December 2013 7:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: