Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiada warga Malaysia terbabit kemalangan di Iskandariah

12 OGOS: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kemalangan kereta api yang berlaku di Iskandariah, Mesir pada semalam yang meragut 41 nyawa serta mencederakan 179 yang lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan insiden berkenaan.

Kementerian Luar turut melahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.

Semalam dua buah kereta api bertembung, berkemungkinan disebabkan oleh kerosakan satu daripada kereta api berkenaan yang mengakibatkannya terhenti di atas landasan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta api.

Sebuah kereta api itu sedang menghala dari Kaherah ke Iskandariah manakala satu lagi dari bandar Port Said ke Iskandariah.

Sementara itu, Wisma Putra mengalu-alukan sebarang pertanyaan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 0237610013, +201200276388 atau menerusi e-mel mwcairo@kln.gov.my.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 August 2017 10:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]