Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tian Chua mohon batal Akta Hasutan

5 MAC: Naib Presiden PKR, Tian Chua dan dua lagi aktivis pembangkang pada Rabu sekali lagi memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadap mereka yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada tahun lepas.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, Adam Adli Abd Halim dan Hishamuddin Md Rais memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Daim & Gamany di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam permohonan kali ini, mereka memohon satu perintah bahawa pertuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 digantung atau dibatalkan.

Alasan yang dikemukakan ialah pendakwaan terhadap mereka merupakan satu penyalahgunaan kuasa Mahkamah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka mendakwa akta itu juga merupakan satu sekatan yang tidak munasabah terhadap hak kebebasan bersuara dan bercanggah dengan Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu mereka memohon perintah mahkamah supaya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Malah mereka juga memohon Akta Hasutan 1948 itu adalah batal dan tidak sah.

Mungkinkah Tian Chua mahu bebas menghasut dan memfitnah bila mohon mahkamah hapuskan Akta Hasutan 1948 pada Rabu?

Mungkinkah Tian Chua mahu bebas menghasut dan memfitnah bila mohon mahkamah hapuskan Akta Hasutan 1948 pada Rabu?

Tian Chua dalam afidavit sokongannya berkata Akta Hasutan 1948 bersifat menindas, abitrari, dan keterlaluan serta bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Tian Chua, 51, Adam Adli, 25, dan Hishamuddin, 62, didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramah mereka dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.55 malam pada 13 Mei tahun lepas.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Tinggi sama menolak permohonan pertama Tian Chua, Adam Adli dan Hishamuddin untuk membatalkan permohonan itu selepas mendapati ia pramatang serta tiada merit.

Tian Chua juga sedang berdepan satu lagi tuduhan jenayah kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 March 2014 3:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: