Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tak adil jika restoran mamak 24 jam dikatakan bawa impak negatif

10 DIS: Adalah tidak adil dan mendiskriminasi jika hanya restoran mamak yang beroperasi 24 jam dikaitkan dengan kesan dan gejala buruk seperti obesiti, diabetes, serta tempat penjenayah kecil-kecilan membincangkan rancangan melakukan jenayah.

Senator Dato’ Syed Ibrahim Kader yang juga Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memaklumkan sidang Dewan Negara, aspek positif yang disumbangkan restoran mamak atau restoran India Muslim sebenarnya lebih banyak dan boleh dibuktikan dengan jelas daripada semua perkara negatif yang cuba dikaitkan dengannya.

SENATOR Datuk Syed Ibrahim tidak kisah dikatakan mempunyai kepentingan kerana seseorang perlu mewakili suara pengusaha restoran mamak khususnya yang India Muslim di Parlimen.

SENATOR Datuk Syed Ibrahim tidak kisah dikatakan mempunyai kepentingan kerana seseorang perlu mewakili suara pengusaha restoran mamak khususnya yang India Muslim di Parlimen.

“Restoran India Muslim atau mamak menjadi pemangkin perpaduan pelbagai kaum kerana menjadi pusat masyarakat berkumpul sambil menonton pertandingan bolasepak, ia juga tempat lepak yang lebih bagus untuk anak muda remaja daripada mereka merempit, berkunjung ke kelab atau berpeleseran di tempat terpencil,” hujah Syed Ibrahim ketika membahaskan usul menyokong Bajet 2014.

Menurutnya lagi, bagi pelancong asing yang kelaparan di tengah malam kerana perbezaan masa di negara mereka yang mungkin waktu siang, premis restoran mamaklah yang paling mudah dicari untuk mengalas perut, manakala pada bulan Ramadan orang bujang dan golongan pelajar majoritinya bergantung kepada restoran mamak untuk bersahur.

Ketika ditemui bnbbc.my di luar dewan, Syed Ibrahim berkata, restoran mamak turut menyumbang dengan signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan kebanyakan perniagaannya teguh serta mendapat sambutan ramai.

Ditanya mengenai ada dakwaan beliau bangun mempertahankan restoran mamak kerana turut mempunyai kepentingan, Syed Ibrahim menjawap beliau tidak kisah kerana seseorang perlu bersuara bagi pihak pengusaha restoran mamak atau masyarakat India Muslim di Parlimen.

“Saya pula adalah Senator yang pertama dilantik dari kalangan India Muslim pada 30 Jun 2011 untuk menyuarakan hasrat, cita-cita dan pembelaan masyarakat India Muslim di Malaysia,” jelas beliau yang berharap sesuatu cadangan atau dakwaan yang hendak dikemukakan di Parlimen dikaji dengan teliti dan bersifat adil.

“Jika benar kedai makan yang beroperasi 24 jam menjadi punca ramai rakyat Malaysia terlalu gemuk (obesiti), menghidap kencing manis atau menjadi lokasi jenayah kecil atau besar dirancang, maka janganlah menuding jari kepada restoran mamak sahaja.

“Bagaimana dengan restoran francais makanan segera seperti KFC, McDonald atau Burger King, restoran tom yam yang bersepah di merata tempat, restoran makanan laut atau kedai-kedai ala kopitiam yang banyak juga beroperasi ‘around the clock’?” soal Syed Ibrahim.-bnbbc.my

Syed Ibrahim memohon semua pihak berlaku adil dan bersikap rasional kerana bukan restoran mamak sahaja yang beroperasi 24 jam di negara ini.

Syed Ibrahim memohon semua pihak berlaku adil dan bersikap rasional kerana bukan restoran mamak sahaja yang beroperasi 24 jam di negara ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 December 2013 7:18 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: