Kategori Berita Utama

Tidak adil tuduh hakim konspirasi bila pembangkang kalah

11 FEB : Pembangkang tidak boleh menyifatkan keputusan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak adil kerana ia adalah berdasarkan fakta dan hujah daripada peguam, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

shahrirsamadbnbbc

SHAHRIR…pembangkang pun ramai guna proses mahkamah

Ahli Parlimen Johor Bahru itu menjelaskan, setiap keputusan yang dibuat adalah bersandarkan kepada prosiding bermula daripada peringkat perbicaraan, rayuan dan akhirnya mampu mengeluarkan keputusan yang telus, adil dan sah.

“Pembangkang pun ramai menggunakan proses  mahkamah untuk membuat tuntutan mereka, mereka juga ada yang menang.

“Jadi kalau mereka kata proses tu tak betul, ianya terdedah dan lemah kerana adanya konspirasi, tak tepat lah.

Sebab sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan hujah dan fakta yang benar,” katanya mengulas dakwaan pembangkang berhubung keputusan mengekalkan hukuman penjara terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Selepas keputusan yang dikeluarkan hakim Mahkamah Persekutuan itu, pembangkang  mengeluarkan kenyataan negatif termasuk mendakwa keputusan tersebut adalah politik konspirasi.

Lebih teruk lagi, pembangkang turut menyatakan barisan hakim tunduk kepada tuan politik yang dirujuk kepada kerajaan.

shahrirlynMengulas lanjut isu berkenaan, Shahrir yang juga Pengerusi BNBBC menjelaskan, pembangkang sebelum ini turut merujuk kepada sistem kehakiman bagi menuntut sebarang kepentingan mereka.

“Ada waktu mereka menang kes, dan ada waktu mereka kalah, ia semua berdasarkan fakta dan hujah.

“Bila mereka ada yang merujuk guna proses mahkamah demi kepentingan mereka, tak ada pula mereka katakan mereka terdedah kepada konspirasi politik.

“Jadi mana pula keadilan untuk kita di situ?” soalnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 1:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: