Kategori Berita Utama

Tidak cadang naikkan harga rumah PPR

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) meskipun terdapat desakan ke arah itu atas alasan kenaikan kos barang mentah di pasaran.

rumahpprMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata walaupun RM35,000 seunit adalah kadar lama namun buat masa ini, kerajaan tidak akan berganjak daripada harga itu.

“Saya tidak menafikan tekanan dalam membina rumah ini memang berlaku memandangkan biaya pembinaannya sudah meningkat dari setahun ke setahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Habitat Sedunia 2013 pada Isnin.

Beliau berkata PPR dibina dengan kos RM160,000 seunit dan kerajaan memberi subsidi sebelum menjualnya kepada golongan yang berhak pada harga RM35,000.

“Bukan sekadar itu, kerajaan turut mentadbir dari sudut penyelenggaraannya dengan memberi dana khas,” katany.

Menurut Abdul Rahman,kajian jangka panjang juga sedang dibuat berhubung pemberian insentif khas, termasuk cukai, kepada pemaju perumahan yang membangunkan projek PPR. -7/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 October 2013 1:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: