Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tidak layak digelar juara rakyat

11 DIS: Pembangkang  tidak layak menggelar mereka juara rakyat atau pembela rakyat tetapi tidak nampak batang hidung ketika rakyat susah.

Malah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar negara ketika rakyat diwakili pemimpin partinya memerlukan bantuan ekoran banjir diselar Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.

Menyifatkan perbuatan Anwar itu tidak matang, beliau berkata ketua pembangkang hanya kelihatan di Kota London untuk menghadiri satu seminar yang tidak penting sedangkan rakyat di sini berdepan banjir.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membuat bising di dalam Dewan Rakyat yang mendakwa kerajaan tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

rahmanbakar1

RAHMAN

Sedangkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yaasin adalah diantara pemimpin yang turut bersama memberikan sokongan moral dan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terlibat.

“Mereka cakap mereka bela rakyat, gelar diri mereka juara rakyat, tapi bila musibah berlaku Anwar pergi Washington pula,” katanya di Dewan Negara, Rabu.

Beliau juga mahu kerajaan memaklumkan kepada rakyat  mengenai bantuan yang sudah diberikan supaya ianya tidak digunakan sebagai bahan propaganda politik oleh pihak pembangkang.

Katanya, Fuziah membantu mangsa banjir dengan menyediakan beratus jumlah sumbangan yang terang-terangan tidak menyamai jumlah mangsa yang mencecah jumlah ribuan orang.

“Tidak berniat di sini untuk mencemuh usaha mana-mana pihak, cuma pihak pembangkang seharusnya lebih profesional dan waras ketika bercakap agar ianya tidak menjadi tuduhan yang tidak berasas,” katanya.

Beliau turut menambah, musibah banjir yang melanda penduduk khususnya di kawasan pantai timur tidak wajar dipolitikkan.

Menurut beliau rakyat memerlukan bantuan, tetapi pihak pembangkang memilih menjadikan isu banjir ini sebagai modal politik mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Sepatutnya kejadian banjir di Pantai Timur membuka pintu  PAS dan UMNO bersatu untuk membantu rakyat. Tapi bila sebut bersatu, mereka cakap untuk Melayu, ini tidak benar.

“Kalau betul pun Melayu bersatu, ianya adalah satu perkara baik, kerana kaum lain juga akan tumpang tuah apabila Melayu bersatu untuk kepentingan rakyat,” katanya.- bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 December 2013 4:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: