Kategori Berita Utama

Tidak mungkin Pilihan raya Sarawak kecuali DUN Balingian?

7 FEB : Benarkah pilihan raya negeri Sarawak lebih awal ekoran spekulasi pengunduran Ketua Menteri  Tan Sri Abdul Taib Mahmud mula jadi persoalan banyak pihak terutama rakyat Bumi Kenyalang itu.

Jika tempoh matang, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tempoh penggal sekarang hanya pada April 2016.

Spekulasi pembuburan tersebut ekoran satu taklimat mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 oleh pasukan keselamatan termasuk polis akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Kuching pada Isnin depan.

Akhbar itu turut melaporkan, media di Sarawak semalam menerima jemputan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui e-mel bagi membuat liputan majlis pada jam 10.30 pagi yang akan dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

prksarawakBagaimanapun KDN kemudian menghantar ralat dengan tidak memasukkan liputan media bagi taklimat tersebut tetapi mengekalkan dua acara Ahmad Zahid iaitu lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada jam 2 petang dan Ulang Tahun Rela ke-42 peringkat negeri yang akan berlangsung pada 4 petang, lapor Berita Harian.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April 2011, Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1) walaupun sentimen kebecian terhadap Abdul Taib dikatakan meluas kerana terlalu lama di tampuk kuasa.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai Abdul Taib juga memenangi semua kerusi DUN yang ditandinginya.

Sejak Rabu, Abdul Taib  tidak menghadiri dua majlis yang dijadualkan dan semalam, ketua menteri veteran itu sekali lagi tidak menghadiri upacara pemberian anugerah penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Kerajaan Sarawak dan ini menguatkan lagi laporan media sebelum ini beliau akan meletakkan jawatan bulan ini.

Namun, difahamkan jika benar Abdul Taib dilantik Yang di Pertua Negeri menggantikan Tuan Abang Mohamad Salahuddin, ini bermakna hanya beliau akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Ini bermakna hanya satu pilihan raya kecil (PRK) sahaja bagi memilih pengganti beliau mewakili kerusi Balingian.

Tidak mungkin DUN Sarawak dibubarkan semata-mata untuk tujuan peralihan jawatan Abdul Taib ke jawatan TYT Sarawak seperti diaur-uarkan.

Lagipun, jika benar Datuk Abang Johari Tun Openg, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.bakal menggantikan Abdul Taib, mereka tidak perlu mengosongkan kerusi DUN masing-masing.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2014 12:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: