Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tidak salah SPRM beri ganjaran pada pelapor sogokan

13 SEPT: Tiada kesalahan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi ganjaran kepada kakitangan kerajaan yang melaporkan kes rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata ianya sebagai satu ganjaran atas perilaku amanah dalam perkhidmatan mereka.

“Jangan beri komen terhad kepada satu inisiatif seolah-olah itu saja usaha yang kita lakukan untuk cegah rasuah. Banyak lagi aktiviti dan kempen yang dilakukan SPRM, kena tengok secara keseluruhan.

“Salah ke kita bagi ganjaran kepada orang yang tolak rasuah? Kita beri penghargaan kepada orang yang bersih, kita pandang tinggi pada orang ini,” katanya selepas merasmikan Kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) dan 3J (Jangan hulur, Jangan ‘kawtim’ dan Jangan ‘settle’) bersama MARA di Terminal Bandar Tasik Selatan hari ini.

Sebelum ini insentif berbentuk wang ringgit kepada pemberi maklumat kalangan penjawat awam sejak 2011 hanya berjaya menarik 214 orang dengan membabitkan nilai RM384,000 sahaja.

Diperkenalkan sejak 2011, ianya merupakan bentuk ganjaran serendah RM500 kepada mereka yang tampil memberi laporan kegiatan rasuah.

Bagaimanapun, ganjaran hanya diberikan sekiranya sesuatu kes itu disiasat dan seterusnya suspek didakwa serta didapati bersalah oleh mahkamah

Mengulas isu kurangnya sambutan daripada penjawat awam menerima insentif selepas memberi maklumat, Dzulkifli berkata kebanyakan mereka tidak meminta sebarang ganjaran.

“Kami terima banyak maklumat  tetapi mereka tidak mahu ganjaran,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 6:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]