Kategori Berita Utama

Tidak sokong PCA bermakna sokong kongsi gelap

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menegaskan, sesiapa yang tidak menyokong pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 ( PCA) seperti menyokong kegiatan kongsi gelap dan jenayah-jenayah lain.

pegaumnegaraIni kerana pindahan tersebut dilakukan semata-mata untuk  memerangi jenayah terutama yang terancang seperti kongsi gelap serta pengedaran dadah.

Zahid berkata, ia tidak mempunyai agenda politik seperti dibimbangi pihak tertentu terutama pembangkang.

Menjelang pindaan 13 Seksyen PCA akan dibentang di Dewan Rakyat pada Selasa, kira-kira 50 ahli Parlimen BNBBC menghadiri taklimat mengenai pindaan itu malam tadi.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim serta Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad.

Penerangan terperinci disampaikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara,pcabnbbc Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam ucapan di majlis itu, Zahid mengulangi penjelasan mengenai tahanan tanpa bicara dan pemasangan peranti pengesan elektronik kepada tahanan tanpa bicara yang didakwa bersifat drakonian serta melanggar hak asasi manusia..

Katanya, isu itu tdak timbul kerana kuasa tahanan dipindahkan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah yang dipengerusikan sama ada oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi bersama 3 anggota yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, bukan lagi ditangan seorang menteri.

Tambah beliau lagi, kepentingan hak asasi manusia lebih 20 juta rakyat yang sepatutnya lebih diberi keutamaan untuk diperjuangkan daipada membela hak asasi kira-kira 40 ribu penjenayah serta ahli kongsi gelap.-30/09/13

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 September 2013 2:49 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: