Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tidak wajar naikkan kadar tambang sistem e-hailing

8 NOV: Tindakan untuk menaikkan kadar tambang sistem e-hailing adalah tidak wajar dan bukan penyelesaian terbaik kepada pemandu teksi yang kini kurang mendapat penumpang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri.

“Dalam hal ini, kita lebih suka sekiranya rakyat dapat menggunakan perkhidmatan teksi dengan harga yang murah. Dan apa yang lebih penting, kita mahukan kutipan atau ‘duit yang dibawa balik’ oleh pemandu teksi adalah melebihi daripada kos mereka.

“Sebenarnya, penyedia perkhidmatan e-hailing ada menyediakan pelbagai insentif kepada pemandu-pemandu mereka. Sebagai contoh, sekiranya pengguna mempunyai kod diskaun RM10, maka bagi perjalanan bernilai RM30, mereka hanya perlu membayar sebanyak RM20. Pada masa yang sama, pemandu teksi terbabit akan tetap menerima kutipan tambang sebanyak RM30, iaitu menerima tunai RM20 daripada penumpang dan baki RM10 akan dibayar oleh syarikat,” katanya dalam sesi pergulungan di Dewan Rakyat, Rabu.

Ia sebagai respon daripada persoalan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Langkawi dan Kota Kinabalu dimana mereka menyatakan yang pemandu e-hailing mempunyai trip yang banyak berbanding teksi.

Dalam hal ini jelas Nancy Perdana Menteri telah memberi bantuan geran kepada pemandu teksi sebanyak RM5000 untuk menukar kenderaan mereka supaya boleh menyertai dan mendapat akses kepada pelanggan perkhidmatan e-hailing.

Dalam masa yang sama Nancy turut memaklumkan bagi teksi tambang silingnya dikawal selia oleh SPAD, dengan menggunakan meter, manakal tambang e-hailing adalah menggunakan tambang dinamik.

“Ini bermakna pemandu teksi boleh memberikan diskaun daripada kadar yang ditunjukkan oleh meter, tetapi tidak boleh mengenakan caj yang lebih. Ini juga bermakna mereka boleh bersaing harga,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 November 2017 7:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: