Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiga beradik maut, tiga parah kejadian amuk

17 MEI: Tiga beradik maut manakala tiga ahli keluarga lain parah dikelar dan ditetak seorang lelaki dalam kejadian amuk di rumah mereka di Kampung Sungai Haji Muhammad di Bagan Datuk  hari ini.

Mangsa yang maut di tempat kejadian berusia dua hingga empat tahun manakala ibu dan kakak sulung mereka parah.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, bapa mangsa pula cedera ringan.

Difahamkan kejadian itu berlaku setelah seorang lelaki memecah masuk ke rumah keluarga berkenaan dan menyerang mereka menggunakan senjata tajam.

Kesemua mangsa yang maut dan cedera dibawa ke Hospital Teluk Intan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan apabila laporan siasatan siap.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 7:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: