Kategori Berita Antarabangsa

Tiga Jokowi palsu ditahan

21 JULAI: Tiga individu yang didakwa membuat serta menghantar surat palsu bagi pihak Presiden Indonesia, Joko Widodo kepada 51 syarikat termasuk perusahaan milik negara (SOEs). ditahan oleh Unit Jenayah Siber Polis negara berkenaan.

Kandungan surat berkenaan dikatakan meminta penerima memberi sokongan kewangan kepada presiden dalam pemilihan semula 2019.

Suspek dikenal pasti sebagai Kaba Sulaiman, 46, rakyat Republik Guinea, Daniel, 31, dari Liberia, dan isterinya, Ria Situmorang, 26, warga tempatan.

Memetik laporan Jakarta Post, Kaba ditahan di hotel di Jakarta Selatan, manakala Daniel dan Ria diberkas di Sunter, Jakarta Utara.

Menurut jurucakap polis Jakarta, Komisioner Argo Yuwono, suspek membuat surat dengan logo negara dan presiden dimuat turun internet.

Mereka juga memasukkan nombor telefon dan WhatsApp palsu serta emel jokowiirina@gmail.com.

“Daripada 51 syarikat berkenaan, beberapa daripadanya menyumbangkan wang. Kami akan semak akaun suspek untuk siasatan,” katanya.

Difahamkan, penipuan itu didedahkan selepas pesuruhjaya SOE memeriksa kesahihan surat tersebut dengan Istana Negara sebelum ia disahkan palsu.

Kesemua suspek dituduh melanggar Kod Jenayah Artikel 263 dan 264 tentang pemalsuan serta  Transaksi dan Maklumat Elektronik (ITE) Artikel 35 dan 51 tentang manipulasi data.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 July 2017 10:41 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: