Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiga Kanak-kanak rentung, rumah terbakar di Semporna

16 APRIL: Tiga kanak-kanak rentung selepas terperangkap dalam sebuah rumah kayu yang 95 peratus terbakar di Kampung Pegagau, Semporna malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah dalam kenyataan berkata mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Emang, 5, dan Botak, 3, serta seorang kanak-kanak perempuan iaitu Puangsa, 5.

“Balai Bomba dan Penyelamat Semporna menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 mengenai kebakaran itu pada 7.47 malam, dan bergegas ke lokasi kejadian sejauh 23 kilometer dari balai dengan menggunakan dua jentera yang diketuai Ketua Balai, Fazizul Hizam Borhan bersama 10 anggota,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi memadam kebakaran itu tamat sepenuhnya pada 9.43 malam dan kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan, kata kenyataan tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 9:12 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: