Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiga lagi rumah lindungi mangsa pemerdagangan

21 MAC: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang membina tiga lagi rumah perlindungan tahun ini iaitu di Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan, untuk mangsa pemerdagangan manusia.

Timbalan Menterinya Datuk Azizah Datuk Mohd Dun berkata kini terdapat enam rumah perlindungan yang menempatkan 3,093 wanita di bawah Perintah Perlindungan Sementara (IPO) sejak 2008.

“Kami mempunyai dua rumah untuk kanak-kanak yang menempatkan 307 kanak-kanak di bawah IPO dan 179 di bawah Perintah Perlindungan (PO) setakat ini,” katanya pada Jumaat.

GROAzizah berkata kapasiti terhad merupakan cabaran terbesar dihadapi kerajaan di samping kesukaran dihadapi pegawai penguat kuasa dalam mengenal pasti mangsa.

“Jadi, kami berharap dengan lebih banyak rumah perlindungan, kami dapat memberikan yang terbaik dari segi perlindungan dan pemulihan kepada mangsa ini,” katanya.

Azizah berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKN) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) untuk menubuhkan NGO baharu untuk membantu rumah-rumah perlindungan wanita.

“Kami telah mengenal pasti satu lokasi di Sungai Buloh (Selangor) dan rumah itu dijangka beroperasi menjelang akhir April,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2014 4:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: