Kategori Ekonomi

Tiga lebuhraya tawar diskaun sempena Krismas

20 DIS: Syarikat konsesi lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS, Plaza Tol Ampangan) menawarkan diskaun tol 10 peratus bagi kenderaan Kelas 1 sempena sambutan Krismas.

Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata inisiatif itu adalah tanggungjawab korporat bagi pengguna lebuhraya yang ingin mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.

“Pihak kami menawarkan diskaun tol ini pada 25 Dis dari jam 12.01pagi sehingga 12.00 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 December 2017 2:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: