Kategori Berita Utama

Tiga model rumah rakyat keutamaan Bajet 2014

Tiga model Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) akan diperkenalkan bagi keperluan perumahan rakyat yang akan menjadi fokus utama kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata  Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan bertindak sebagai pemaju utama rumah berkenaan.

husnihanadzlah“Kita dapati perkara yang paling dikehendaki oleh rakyat ialah perumahan dan kita akan memberi fokus terhadap (sasaran) 1juta dalam tempoh lima tahun.

“Kita telah meminta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan SPNB yang mana SPNB pada kali ini akan menawarkan model RMR yang berbeza, bukan seperti yang dulu dengan satu model, sekarang ada tiga model,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Zakat Perniagaan Kebangsaan di sini, Selasa.

Ahmad Husni berkata model RMR yang akan diperkenalkan mempunyai harga berbeza, mengikut kemampuan rakyat iaitu RM65,000, RM55,000 dan RM45,000 dengan subsidi kerajaan.

“Bagi yang RM65,000 kerajaan akan beri subsidi RM20,000 jadi bayaran oleh pembeli RM40,000.

“Jika pembeli tidak berkemampuan kita turunkan pula kepada RM55,000 dan RM45,000 di mana bagi rumah RM45,000 subsidi RM15,000 diberikan dan RM30,000 perlu dibayar, mengikut kemampuan mereka,” katanya.

Ketiga-tiga model rumah mesra rakyat tersebut mempunyai tiga buah bilik dan selesa.

Ahmad Husni menjelaskan SPNB akan bertindak sebagai  pemaju rumah  rakyat berskala besar itu yang menawarkan rumah berharga murah berbanding pemaju swasta.

Katanya, SPNB dilihat mampu menjadi pemaju berdasarkan pengalaman dan sesuai dengan matlamatnya, bukan untuk meraih keuntungan semata-mata.

“Pemaju swasta tidak dapat kurangkan harga rumah jadi kita minta SPNB sendiri yang mempunyai banyak tahun pengalaman menjadi pemaju,” katanya.

Projek RMR diperkenalkan kerajaan pada 2002 dengan unit rumah berharga RM65,000 seunit dan subsidi kerajaan RM20,000.

Sehingga kini sebanyak 19,700 unit rumah telah dibina SPNB di seluruh negara.-8/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 October 2013 4:51 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: