Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiga pegawai TUDM terkorban dianugerah pangkat secara posthumous

24 FEB: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghargai tiga pegawainya yang terkorban ketika melaksanakan tugas dengan menganugerahkan pangkat lt kol secara posthumous.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, mereka adalah mendiang Lt Kol Kayamboo Chellam yang terkorban ketika sedang beroperasi menerbangkan pesawat angkut Beechcraft King Air 200T di Pangkalan Udara Butterworth pada 21 Disember 2016.

”Allahyarham Lt Kol Yazmi Mohamed Yusof dan allahyarham Lt Kol Hasri Zahari yang terkorban bersama semasa menerbangkan pesawat Hawk 108 di Chukai, Terengganu pada 15 Jun 2017.

”Ketiga-tiga mangsa juruterbang ini menerima satu kenaikan pangkat asal mereka,” kata kenyataan itu.

Penganugerahan pangkat tersebut disampaikan Panglima Tentera Udara, Tan Sri Affendi Buang kepada Usha Suppiah (isteri Kayamboo), Shofara Izwa Hilmi (isteri Yazmi) dan Asysyuhadak Ahmad (isteri Hasri).

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Ackbal Abdul Samad; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Datuk Kamarulzaman Mohd Othman; AKS Tadbir, Brig Jen Ahmad Abd Rahman, serta ahli keluarga.

Penganugerahan secara posthumous ini merupakan satu tanda penghargaan kepada mereka di atas jasa dan bakti mereka terhadap perkhidmatan TUDM khasnya dan Negara amnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 February 2018 8:10 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: