Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiga penjenayah ditembak mati

30 DIS: Polis  Selangor menembak mati tiga penjenayah dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Sungai Tua, Batu Caves petang tadi.

Ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Suzuki Swift berwarna putih dilaporkan dikesan berlegar di sebuah pusat komersial di Bandar Baru Selayang pada jam 6 petang.

Menyedari kehadiran polis, suspek berusaha melarikan diri dengan memecut kenderaan mereka.

Selepas lebih 30 minit mengejar, polis berjaya mengepung  suspek di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Baru Selayang dan meminta mereka menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Fadzil Ahmat berkata menyedari diri mereka terkepung, seorang suspek bertindak nekad melepaskan tembakan ke arah polis.

“Anggota kita tiada pilihan selain membalas tembakan ke arah mereka untuk mempertahankan diri menyebabkan ketiga-tiga suspek mati ditembak kejadian.

“Pemeriksaan polis menemukan sepucuk pistol jenis Beretta dan dua bilah parang dalam kenderaan suspek,” katanya, Jumaat.

Katanya, buat masa ini, polis belum dapat memastikan identiti semua suspek kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui,

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2017 12:07 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: