Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiga penjuru berebut Presiden MCA

26 NOV: Perebutan jawatan Presiden MCA semakin panas dengan Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, 47, pada Selasa mengumumkan akan bertanding jawatan itu pada pemilihan parti 21 Disember ini.

Ini menjadikan pertandingan  tiga penjuru penjuru bagi jawatan berkenaan.

“Terlalu banyak spekulasi dan keprihatinan mengenai langkah saya seterusnya dalam parti politik.

“Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan parti akan datang,” katanya pada sidang media.

ganpingsiau

GAN…turut serta tanding jawatan Presiden MCA

Gan berkata, beliau memberikan khidmatnya berdasarkan nilai asas parti.

“Saya akan memberi ruang kepada perwakilan pusat untuk menilainya.”

Gan berkata, presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengetahui tentang rancangannya tetapi enggan untuk mengulas lanjut.

Pada Isnin, bekas presiden parti, Ong Tee Keat, 57, mengumumkan hasratnya untuk bertanding manakala timbalan presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, 52, telahpun membuat pengumuman untuk bertanding jawatan itu pada Julai lalu.- bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 November 2013 3:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: