Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tiga polis dituduh rogol wanita Indonesia diperintah bela diri

21 MAC: Mahkamah Sesyen Butterworth pada Jumaat memerintahkan tiga anggota polis membela diri atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012.

Tiga tertuduh terbabit ialah Koperal Nik Sin Mat Lazim, 34, Konstabel Remy Anak Dana, 26, dan Konstabel Syahiran Romli, 22 tahun.

3 polis-rogolMalah mereka didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai, antara jam 6.40 pagi hingga 7.30 pagi, 9 November 2012.

Bagi pertuduhan merogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mangsa Rogol 3 PolisManakala bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu, ketiga-tiga anggota polis terbabit didakwa mengikut Seksyen 377 (C) kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah (prima facie) terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Hakim Meor Sulaiman juga menetapkan 9 Mei sebagai tarikh pembelaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohd Jaafar dan Maziah Mansur.

Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili R.S.N. Rayer.-bnbbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2014 11:33 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: