Kategori Berita Utama

Tiga pra syarat sebelum rujuk tim menteri ke JK Hak dan Kebebasan

24 MAC : Speaker Dewan Rakyat belum memutuskan untuk merujuk Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana belum mendengar penjelasan Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta ahli parlimen DAP Bandar Kuching yang mengusulkan perkara itu.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau perlu mendengar secara verbal usul ahli parlimen berkenaan yang mendakwa Junaidi mengeluarkan kenyataan bahawa bukan Melayu tidak sensitif terhadap kes rogol babitkan mereka bawah umur di Parlimen, minggu lalu.

Menurut beliau untuk merujuk kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan mesti memenuhi tiga pra syarat.

pandikaraminmulia

Pandikar Amin…akan dengar kedua-dua pihak

“Yang pertama adalah memastikan kenyataan yang dibuat itu memang salah.

Kedua apabila menyedari kenyataan itu salah dengan sendiri atau disedarkan oleh orang lain dan disedari bahawa kenyataan itu adalah salah , pihak yang membuat kenyataan itu tidak berusaha untuk memperbetulkan kenyataan tersebut,” katanya.

Manakala pra syarat ketiga apabila ada yang memerhati orang yang membuat kenyataan itu daripada mula mempunyai niat untuk menyeleweng atau ada agenda tertentu.

“Bagi mengaplikasikan pra syarat ini hujah Timbalan Menteri saya dapat melalui bacaan dan kenyataan beliau dari surat khabar. Saya tidak boleh buat keputusan hari ini. Ini kerana kalau ada pertikaian seperti ini, pihak yang menuduh dan tertuduh mesti ada,” katanya.

Pandikar Amin menjelaskan, sebelum membuat keputusan dengan mengambil kira tiga pra syarat itu, Speaker perlu mendengar kembali secara verbal apa yang dituturkan ahli parlimen Bandar Kuching.

“Kemudian Timbalan Menteri Dalam Negeri pula akan dipanggil untuk berhujah dan barulah keputusan akan dibuat,” ujarnya.

wanjunaidi

Wan Junaidi

Sehubungan itu Pandikar Amin berharap Chong bersabar kerana Wan Junaidi tidak hadir pada Isnin.

Chong yang tidak berpuas hati terus bangun dan mempertikaikan keputusan Speaker dan mahu  isu disegerakan termasuk bertanya bilakah Pandikar Amin akan membuat keputusan tersebut.

Bagaimanapun, beliau ditempelak oleh Speaker  kerana beliau juga tidak dapat menetapkan tarikh sebab bimbang dengan komitmen yang terpaksa dipenuhi oleh kedua-dua pihak.– bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2014 2:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: