Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tim Menteri bersedia pertahan kerusi Mas Gading

1 MAC: Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Anthony Nogeh Gumbek menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memutuskan sama ada mengekalkan beliau sebagai calon pada PRU-14.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga sudah cukup bersedia sekiranya dipilih semula untuk mempertahankan kerusi yang disandang.

“Dipilih atau tidak sebagai calon PRU-14 adalah keputusan Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat dan Ketua Menteri (Pengerusi BN negeri).

“Kalau dipilih, saya sudah bersedia sepenuhnya. Sejak Januari lalu, saya sudah melawat banyak kawasan termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru dan DUN Opar.

“Saya boleh lihat sokongan pengundi terhadap saya cukup kukuh sebagai contoh, enam tempat di DUN Tasik Biru yang dikuasai oleh pengundi Cina juga memihak kepada saya,” katanya yang juga Setiausaha Agung Parti Demokrat Progresif (PDP),.

Beliau berkata demikian kepada ketika ditemui meia selepas menghadiri Program Jalinan Tani dan Kunjungan Kebudayaan Delegasi Taiwan Ke Kampung Opar di Bau petang ini.

Anthony Nogeh berkata, selama menjadi Ahli Parlimen Mas Gading, rakyat boleh melihat dan menikmati banyak projek pembangunan di kawasan berkenaan.

Selain itu, beliau juga yakin isu-isu semasa berlaku di Semenanjung yang dibangkitkan oleh pembangkang bagi meraih sokongan pengundi di Parlimen ini, tidak memberi kesan kepada BN.

Pada pilihan raya umum lalu, Anthony Nogeh,memenangi kerusi Mas Gading dengan majoriti 2,156 undi mengalahkan calon bebas, Dr. Tiki Lafe dan dua calon lain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 March 2018 9:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: