Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Timbalan Ketua Pengarah JPJ pandu di laluan kecemasan

18 JULAI: Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob didenda RM600 selepas mengaku bersalah memandu di lorong kecemasan pada tahun lalu.

Beliau bagaimanapun tidak hadir ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi menjawab pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman, sebaliknya diwakili pegawai khasnya.

Yusoff (foto) didakwa melakukan kesalahan itu semasa memandu kereta dengan nombor pendaftaran BLY69 pada 7 Oktober 2016 pada jam 6.27 petang di Lingkaran Putrajaya.

Majistret turut memerintahkan Yusof, dipenjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda.

Denda berkenaan kemudiannya dibayar oleh seorang pegawai khasnya yang mendakwa Yusoff sedang melakukan pemantauan ketika kejadian berkenaan berlaku.

Pada 23 Jun lalu, Yusoff dilaporkan berkata, JPJ tidak akan berkompromi dengan pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan terutama memandu di lorong kecemasan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 July 2017 2:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: