Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Timbalan Ketua UMNO Labuan dilantik Senator

3 JUN: Pemimpin UMNO Labuan, Datuk Bashir Alias menerima perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara dan dijangka mengangkat sumpah pada Isnin ini.

Turut dijadual mengangkat sumpah bersama-sama beliau adalah Senator Datuk Asraf Wajdi Datuk Dusuki  Senator Prof Datuk Sim Kui Hian yang menerima perlantikan semula serta Zahari Sarip berstatus pelantikan baharu.

Pelantikan bagi tempoh tiga tahun itu adalah yang julung kali buat  Bashir, 52, yang juga timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan dan pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Beliau menerima surat pelantikan itu daripada Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha pada 29 Mei.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri, menteri wilayah persekutuan, Ahli Parlimen Labuan dan pucuk pimpinan BN pusat atas kepercayaan diberikan kepada saya.

“Saya akan berusaha melakukan yang terbaik untuk berkhidmat dan membangkitkan isu-isu relevan demi kepentingan semua rakyat Malaysia di Labuan,” katanya, Sabtu.

Bashir merupakan ahli politik kelima dari Labuan dilantik sebagai senator selain Datuk Mohd Din Jaafar, Datuk Isli Siput, Datuk Mohd Omar Bledram dan Datuk Yunus Kurus.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 June 2017 5:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: